PUTRAJAYA: Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini merakamkan bantahan keras terhadap perjalanan prosiding rayuan kes SRC International Sdn Bhd, yang menurutnya melibatkan hidup, kebebasan dan haknya untuk perbicaraan yang adil kini menjadi pertaruhan.
"Sebagaimana yang anda semua tahu, peguam saya telah mengatakan bahawa mereka tidak mahu meneruskan (pembelaan) disebabkan fakta bahawa mereka mempunyai masa yang terhad untuk membuat persediaan.
"Malangnya mahkamah tidak membenarkan mereka untuk menarik diri, termasuk pasukan peguam cara saya," katanya dalam persidangan media di Istana Kehakiman di sini hari ini.
Najib berkata natijahnya, pembelaan tidak dapat ditampilkan di mahkamah hari ini, dan hanya pihak pendakwaan yang dapat menyampaikan hujah mereka.
Bekas perdana menteri itu berkata ia adalah suatu keadaan yang belum pernah berlaku, yang menyaksikan pembelaan dibiarkan tanpa peguam dalam kes yang berprofil tinggi.
"Perkara ini sangat serius dan saya harap mahkamah akan mengambil kira dan mengambil langkah-angkah pembetulan," katanya sambil menambah bahawa peguamnya sebelum ini Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah telah melakukan tugas yang hebat semasa mewakilinya, namun pihaknya telah 'gagal' di Mahkamah Tinggi dan Mahkamah Rayuan.
Najib berkata beliau mahu mendapatkan khidmat Peguam Diraja untuk mewakilinya tetapi permohonan itu juga ditolak Mahkamah Tinggi.
"Dalam keadaan demikian, saya tiada pilihan selain mencari pasukan baharu kerana saya mahukan perspektif baharu kepada kes saya, dan itulah sebabnya saya memutuskan untuk melantik Hisyam Teh Poh Teik dan Datuk Mohd Zaid Ibrahim sebagai pasukan peguam cara, " katanya.
BACA: Rayuan SRC: Najib akui tidak dapat pertahankan diri, bantah keputusan panel hakim
Najib menjelaskan bahawa apabila adanya pasukan pembelaan baharu, terutamanya dalam kes yang sangat kompleks yang melibatkan hampir 200 jilid dokumen yang perlu difahami dan diproses oleh peguam, itulah sebabnya Hisyam memohon masa yang munasabah untuk pasukan itu bersedia sepenuhnya.
Beliau menjelaskan bahawa rayuannya itu adalah satu kes yang kompleks, melibatkan hampir 200 volume dokumen, dan itu sebabnya Hisyam meminta tempoh masa yang memadai bagi pasukannya untuk membuat persediaan penuh.
"Sekali lagi kami dinafikan, dan mereka (peguam) tiada pilihan selain memohon untuk menarik diri, namun tidak dibenarkan oleh Mahkamah Persekutuan. Saya kini dibiarkan tanpa pembelaan sebenarnya," katanya.
Sementara itu, Hisyam berkata beliau tidak berada dalam kedudukan untuk mengambil bahagian dalam prosiding rayuan kerana tidak diberi masa untuk membuat persiapan yang sewajarnya bagi pembelaan Najib.
"Dalam keadaan itu, saya tidak dapat memainkan peranan yang berkesan. Jadi, pada dasarnya, Datuk Seri (Najib) tidak mempunyai wakil dari segi undang-undang," kata peguam itu.
Najib sedang membuat rayuan terhadap sabitan dan hukumannya dalam kes penyelewengan RM42 juta membabitkan dana SRC.
Rayuan berkenaan adalah yang terakhir bagi Najib selepas panel tiga hakim Mahkamah Rayuan pada 8 Dis tahun lepas mengekalkan sabitan dan hukuman penjara 12 tahun dan denda RM210 juta yang dikenakan ke atasnya oleh Hakim Mahkamah Tinggi ketika itu Mohd Nazlan pada 28 Julai 2020.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Aug 18 2022
Datuk Seri Najib Tun Razak ketika mengadakan sidang media selepas sesi perbicaraan rayuan sabitan dan hukuman penjara ke atas beliau berhubung penyelewengan dana SRC International Sdn Bhd di Mahkamah Persekutuan Istana Kehakiman. - Foto BERNAMA
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Piala Dunia Sepak Takraw: Malaysia tewaskan China acara regu
Malaysia memulakan aksi Kumpulan B acara regu kategori premier Kejohanan Piala Dunia Sepak Takraw 2024 dengan langkah kanan selepas menewaskan China di Stadium Titiwangsa di sini hari ini.
Selangor tewaskan KDA FC 1-0, bergema 'Siu' di MBPJ
Jaringan tunggal Aliff Haiqal Lokman Hakim Lau menyaksikan Selangor FC memulakan saingan Liga Super 2024/2025 dengan cemerlang, apabila meraih tiga mata penuh selepas menewaskan KDA FC 1-0.
Pulau Pinang 'gedung kelahiran' akhbar sebelum Perang Dunia Kedua
Pulau Pinang kini menjadi pemegang rekod aliran masuk pelaburan tertinggi di Malaysia dengan jumlah pelaburan RM71.9 bilion pada 2023.
50 maut di banjir kilat di Afghanistan - Polis
Menurut jurucakap polis, Abdul Rahman Badri, kesemua mangsa yang terkorban
di wilayah Ghor, dengan angka korban dijangka meningkat.
di wilayah Ghor, dengan angka korban dijangka meningkat.
Angka korban rakyat Palestin di Gaza hampiri 35,400 orang
Serangan Israel membunuh 83 orang dan mencederakan 105 yang lain dalam tempog 24 jam lalu.
Trak barangan ke Gaza musnah dalam kebakaran
Reuters melaporkan, video kejadian diperoleh pada Selasa lalu menunjukkan sekurang-kurangnya sebuah trak terbakar.
Keadaan PM Slovakia stabil tapi kekal serius
Keadaan Perdana Menteri Slovakia, Robert Fico disahkan stabil tetapi kekal dalam situasi serius selepas dia ditembak dalam cubaan membunuhnya.
Polis rampas bukti, dokumen di rumah suspek tembak Fico
Penyiasat polis merampas beberapa dokumen dan bukti di pangsapuri suspek yang menyerang Perdana Menteri Slovakia Robert Fico.
Singapura tingkatkan langkah keselamatan selepas serangan Balai Polis Ulu Tiram
Singapura telah meningkatkan langkah-langkah keselamatan, termasuk di pusat pemeriksaan negara, susulan serangan di Balai Polis Ulu Tiram, Johor, pada Jumaat.
Kes mahkamah Najib tidak akan selesai dalam masa terdekat - Nooryana
Kes mahkamah yang melibatkan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak tidak akan selesai dalam masa terdekat.
Tahanan rumah Najib mungkin bincang minggu depan - Fahmi
Fahmi berkata, Anwar dijangka pulang daripada lawatan rasmi di luar negara pada minggu depan.
PM Anwar cadang pertimbang tahanan rumah Najib hanya selepas kes 1MDB selesai
Anwar berpandangan bahawa Yang di-Pertuan Agong hanya perlu mempertimbangkan tahanan rumah kepada Najib selepas kes 1MDB selesai.
Ucapan Azmin bersifat jahat dan memfitnah beliau dan abangnya - Saksi
Ahli perniagaan, Deepak Jaikishan, berkata kenyataan Mohamed Azmin dalam ceramah politiknya pada 11 Mac 2023, adalah bersifat jahat yang memfitnahnya dan nama abangnya.
Lembaga Pengarah SRC kecewa gagal bawa balik pinjaman dana pelaburan dari luar negara - Saksi
Lembaga Pengarah SRC International kecewa apabila pinjaman RM3.6 bilion daripada KWAP oleh syarikat itu tidak dapat dibawa masuk dari luar negara.
Keputusan Najib berkaitan pelaburan syarikat tidak harus dipersoal - Bekas pengarah SRC
Najib juga adalah pemegang saham tunggal SRC International dan penasihat emeritus syarikat itu pada masa yang material.
Kes jenayah Goldman Sachs berhubung 1MDB tamat secara rasmi
Goldman Sachs telah memenuhi kewajipannya dan membayar penalti sebanyak AS$2.9 bilion.
Tiada perjanjian dengan kerajaan untuk gugurkan saman - Bekas Pengarah SRC
Bekas Pengarah SRC Shahrol Azral Ibrahim Halmi tidak mempunyai resolusi dengan kerajaan untuk menggugurkan saman sivil AS$1.18 bilion terhadapnya.
Kes 1MDB: Siasatan SPRM dapati Najib lakukan kesalahan salah guna kuasa - Saksi
Siasatan SPRM mendapati elemen salah guna kuasa untuk dapatkan rasuah itu dikesan sewaktu pemeteraian perjanjian bersama Aabar PJS.
Polis Jerman rampas 4 kereta Bugatti Veyron edisi terhad yang dikaitkan dengan 1MDB
Kenderaan berkenaan dikatakan sebahagian daripada siri "Legenda" khas Bugatti Veyron, dengan hanya 18 daripada supercar tersebut dibina dalam enam spesifikasi.